Wednesday, 27 April 2016
diabetes
MERAWAT DIABETES DENGAN PERUBATAN NABI
Benarkah DIABETES atau kencing manis tiada penawar ? Atau penawarnya masih belum ditemui ?
Atau mungkinkah penawarnya sengaja disembunyikan supaya syarikat-syarikat farmaseutikal antarabangsa boleh terus-menerus meraih untung berbilion-bilion dolar kerana pesakit DIABETES perlu makan ubat sepanjang hayat ?
Sekiranya anda disahkan mengidap penyakit kencing manis, jawapan berikut mungkin akan dijawab oleh para doktor sekiranya anda bertanya tentang penawar DIABETES, “Pakcik, kencing manis tak boleh sembuh, cuma boleh DIKAWAL saja dengan makan ubat sepanjang hayat. Kalau Pakcik makan ubat, terkawal lah gula pakcik, kalau berhenti ubat, gula akan naik. Kencing manis tak ada penawar”.
Ini bertentangan dengan hadis Rasulullah SAW berikut ;
“Allah SWT tidak akan turunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan juga PENAWAR untuk penyakit tersebut “ (HR Imam Bukhari)
Perubatan Nabi berasaskan HERBA DAN BEKAM telah diamalkan sejak zaman Nabi kira-kira 1400 tahun dulu sehinggalah cuma kira-kira 150 tahun yg lepas Perubatan Barat yg berasaskan bahan kimia yg penuh dengan kesan samping (side effect) diperkenalkan oleh Barat.
Malangnya umat Islam sekarang telah lupa kepada Perubatan Nabi ini dan terlalu mengagungkan Perubatan Barat yg nyata tidak menyembuhkan malah membawa kepada kesan samping lain.
Perubatan Nabi untuk Merawat DIABETES atau kencing manis ini saya ambil dari buku ‘Thibbun Nabawi’ karya Imam Ibn Qayyim merangkumi modifikasi diet harian, pengambilan beberapa herba dan bekam pada titik-titik tertentu di badan.
DIET
1. Sarapan pagi dengan bubur Talbinah (diperbuat dengan tepung Barli). Sila rujuk photo yg saya lampirkan untuk cara-cara membuat bubur barli ini.
2. Minum satu sudu kecil minyak HABBATUS SAUDA dicampur dengan satu sudu kecil MADU setiap pagi sebelum sarapan dalam keadaan perut kosong.
3. BERHENTI semua minuman spt Teh, Kopi, Milo dan sbgnya dan HANYA minum air rebusan biji barli yang dimaniskan dengan GULA KABUNG atau ‘COCONUT PALM SUGAR’. Berhenti ambil GULA PUTIH sepenuhnya !!
4. Makan tghari dengan nasi BERAS PERANG berlaukkan sayuran sahaja yang dimasak kari dengan MINYAK ZAITUN. Berhenti ambil BERAS PUTIH dan berhenti semua sumber protein haiwan spt AYAM, DAGING, IKAN, TELUR dan lain selama 3 bulan.
5. Makan malam dengan roti yang diperbuat dengan tepung barli dimakan bersama sayuran masak kari yg dimasak dengan minyak zaitun. Berhenti makan roti putih atau roti dari tepung gandum.
( Habbatus sauda, madu, tepung barli, gula kabung dan minyak zaitun boleh didapati di kebanyakkan kedai atau supermarket. Jika anda hadapi kesukaran utk dapatkannya, anda juga boleh buat pesanan terus daripada saya).
HERBA
Rujuk photo yang dilampirkan. Kombinasi 15 jenis herba ini yang dicadangkan oleh Ibn Qayyim dalam buku beliau mampu membaiki organ pancreas yang rosak dan gagal hasilkan INSULIN sekaligus mengembalikan paras gula ke tahap normal. Cara pengambilan adalah satu sudu kecil DUA kali sehari (selepas sarapan dan selepas makan malam), jika bacaan gula bawah drpd 12 mmol/L. Jika bacaan gula lebih drpd 12 mmol/L, perlu diambil TIGA kali sehari (selepas sarapan, selepas mkn tghari, dan selepas mkn malam). Tempoh pengambilan herba ini adalah selama 3 BULAN.
BEKAM
Ramai beranggapan pengidap kencing manis tidak disyorkan bekam kerana takut luka lambat sembuh, tetapi anggapan itu adalah SALAH. Banyak kajian dari doktor-doktor muslim di India, Pakisan dan Arab Saudi merumuskan bekam di titik ekor organ pancreas di belakang badan SANGAT BERKESAN untuk membaiki semula organ pancreas yg rosak dan mampu berfungsi semula utk hasilkan insulin. Saya sangat galakkan pengidap kencing manis utk berbekam kerana hasilnya menakjubkan. Pastikan paras gula di bawah 15 mmol/L pada hari bekam dilakukan dan sapukan antiseptik sebelum tirisan bekam dan taburkan serbuk inai selepas bekam untuk elakkan jangkitan kuman pada uka kulit bekam. Kekerapan bekam ialah setiap bulan selama 3 bulan dan pastikan 100ml hingga 200ml darah dikeluarkan setiap kali sesi bekam.
SEKIRANYA anda disiplinkan diri anda dan ikut cara pemakanan, herba dan bekam yg saya cadangkan ini In Sya Allah dalam masa 3 BULAN, kencing manis anda akan sembuh. Perbanyakkan doa dan solat tahajjud serta amalkan ayat shifa selalu. Kencing manis atau Diabetes pasti akan sembuh sekiranya anda betul-betul istiqamah dan anggap ini sebagai satu jihad utk melawan penyakit.
Jika saudara/i ada persoalan lanjut, boleh hubungi saya atau jumpa saya di alamat seperti di kad nama saya.
Wassalam
Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman
MD (UKM)
Pengarah Urusan
Kumpulan Pusat Dialysis Ibnu Sina
Beyond Medicare Sdn Bhd
FB page : My Sweet Sunnah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3-D TINYWOOD® Titanium Curling Wand - Titanium Darts
ReplyDeleteThree-D-Tincy, two-piece stainless steel double edge titanium edge razor. titanium bar The TINYWOOD® Titanium Curling Wand features a unique titanium bolt razor head with trekz titanium headphones an elegant twist on $59.95 · In stock titanium camping cookware
vo608 cheap nfl jerseys,cheap nfl jerseys,cheap nfl jerseys,cheap nfl jerseys,cheap nfl jerseys,cheap nfl jerseys,cheap nfl jerseys,cheap nfl jerseys,cheap nfl jerseys oy437
ReplyDelete